nuff!!! nuff!!!

Wednesday 17 August 2011

OPENING SOON!

Assalamualaikum,

   Selamat datang ke Mr&Mrs Arnab petshop. Petshop kami diterajui oleh Mr Arnab @ Abdul Rahim dan Mrs Arnab @ Wahidah. Kami berdua sangat obses dengan arnab-arnab hias yang comel-comel, jadi kami ingin berkongsi obsession kami ini dengan anda-anda diluar sana!!


Angora rabbit

lionhead rabbit

village rabbit (haha,arnab kampung la..)

arnab kampung ni pun comel jugak..lagi2 yang dah kacuk dengan species lain.




   Arnab merupakan haiwan peliharaan ketiga paling popular di Malaysia namun masih tidak ramai yang berani memelihara arnab sebagai haiwan kesayangan berbanding kucing dan anjing. Ramai yang tidak tahu bahawa penjagaan arnab tidak seremeh yang disangka malah arnab-arnab ni sebenarnya haiwan yang sangat manja dan pandai berinteraksi dengan tuannya.

    Tidak seperti kucing atau haiwan peliharaan yang lain, arnab lebih dikenali sebagai haiwan yang pendiam atau 'bisu'. Memang susah nak mendengar suara arnab, tapi jika anda selalu bersembang dan bermanja dengan arnab anda, anda akan perasan yang arnab ni sebenarnya sangat talkative! Arnab mampu berkomunikasi dengan mengunakan getaran gigi atau bunyi-bunyi halus yang lain. Kadang kala arnab juga mengeluarkan suara yang agak high pitch yang berbunyi seperti perempuan menjerit. (kadang-kadang je, bila dibuli arnab lain atau sakit)

    Penjagaan arnab tidak remeh dan yang paling best, arnab mengeluarkan najis yang kering dan tidak berbau berbentuk bulat-bulat. Kadang -kala, pada waktu lewat tengahari atau lewat malam, arnab akan mengeluarkan najis yg berbentuk sepert anggur.  Najis ini dikenali sebagai cecotropes. Hanya najis ini yang akan dimakan kembali oleh arnab kerana ia mengandungi nutrien dan bakteria baik untuk arnab. ( tapi arnab-arnab kami tak pernah makan balik cecotropes ni,mungkin mereka dah dapat terlebih nutrien kot,haha) Arnab hanya memerlukan makanan kering seperti pallet( mcm dedak ayam,tapi panjang2), rumput alfalfa atau timothy dan sayur sayuran seperti carrot dan kacang panjang. Kangkung pula tidak begitu bagus untuk arnab kerana arnab boleh terkena cirit birit. Ramai yang tidak tahu bahawa arnab ni haiwan yang pintar dan boleh di 'toilet trained' kan. Kami hanya beli satu toilet untuk arnab dan letak di penjuru sangkar, hasilnya apabila mereka bermain dalam rumah pun mereka akan mencari toilet ini untuk berbisnes.


ni najis arnab..sebelah kiri tu cecotropes, dan sebelah kanan tu najis biasa.


     Sangkar untuk arnab tidak perlu terlalu besar, lebih2 lagi untuk starter. Hanya perlu sangkar yang sederhana besar. Cukup sekadar arnab boleh baring dan stretch dengan selesa. Arnab juga perlu boleh berdiri dalam sangkar. ( yela,kalau bongkok je lenguh kot..hehe).Selain itu, pengudaraan sangat vital supaaya arnab anda tidak mudah dijangkiti penyakit. Jangan biarkan arnab berada dalam tempat tertutup tanpa pengaliran udara keluar masuk yang sempurna atau di bawah direct sunlight.

Contoh-contoh cage
         

       Arnab memerlukan air dalam kuantiti yang agak banyak, jadi jangan biarkan botol air arnab kosong. Arnab tidak boleh minum dalam bekas terbuka seperti kucing, oleh itu anda perlu bekalkan drinking bottle yang sesuai. Ini kerana, air boleh masuk ke bahagian hidung arnab dan menyebabkan selsema. (sangat bahaya selsema ni pada arnab kerana boleh bawa maut)


ni contoh 125 ml water  bottle yang dijual di Mr&Mrs Arnab. Cukup untuk seekor arnab kecil.

       Penyakit-penyakit arnab yang common adalah kurap, fungal infection dan selsema. Arnab perlu di vaccine dengan pelalian anti kurap dan fungus ( di vet kerajaan hanya RM5 sahaja) untuk 3-4 bulan sekali. Selain itu, penyakit-penyakit ini senang diubati dan tidak akan menjangkiti manusia.

       Untuk arnab yang sihat dan gembira, anda perlu sentiasa berikan mereka perhatian dan exercise yang secukupnya ( seminggu sekali bawa pergi taman pun cukuplah). Sebagaimana menjaga haiwan2 peliharaan yang lain, memelihara arnab memerlukan komitmen  dan perlu betul2 sayangkan mereka kerana mereka juga makhluk Tuhan yang bernyawa dan mempunyai perasaan. Menjaga arnab ini sebenarnya sangat mudah dan rewarding ( hepi woo lepak dengan rabbit,hilang tension dan penat..hehe) kerana mereka ni sangat comel,manja dan pintar!

       Dalam posting seterusnya Mr&Mrs Arnab akan post kan starter kit yang sempurna untuk arnab yang kami gerenti dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Stay tuned...Assalamualaikum


l0ve,
Mr&Mrs Arnab